21 Mei 2026

Sunan Ibnu Majah No: 1361

حَدَّثَنَا عِمْرَانُ بْنُ مُوسَى اللَّيْثِيُّ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَارِثِ بْنُ سَعِيدٍ عَنْ عَبْدِ الْعَزِيزِ بْنِ صُهَيْبٍ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ الْمَسْجِدَ فَرَأَى حَبْلًا مَمْدُودًا بَيْنَ سَارِيَتَيْنِ فَقَالَ مَا هَذَا الْحَبْلُ قَالُوا لِزَيْنَبَ تُصَلِّي فِيهِ فَإِذَا فَتَرَتْ تَعَلَّقَتْ بِهِ فَقَالَ حُلُّوهُ حُلُّوهُ لِيُصَلِّ أَحَدُكُمْ نَشَاطَهُ فَإِذَا فَتَرَ فَلْيَقْعُدْ

"Telah menceritakan kepada kami 'Imran bin Musa al-Laithi, telah menceritakan kepada kami 'Abdul Warith bin Sa'id, daripada 'Abdul 'Aziz bin Suhaib, daripada Anas bin Malik, bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam masuk ke dalam masjid lalu baginda melihat tali yang diikat di antara dua tiang, maka baginda bertanya: "Apakah tali ini?" Mereka menjawab: "Untuk Zainab, dia bersolat dengannya, apabila dia letih dia bersandar padanya." Maka baginda bersabda: "Tanggalkanlah ia, tanggalkanlah ia, hendaklah seseorang di antara kamu bersolat ketika bersemangat, maka apabila letih hendaklah dia duduk.""

Sunan Ibnu Majah No: 1361

Sunan Ibnu Majah
Lihat Semua Bacaan