Sunan Abu Daud No: 1351
"Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Hanbal, katanya: telah menceritakan kepada kami Waki', katanya: telah menceritakan kepada kami Zakariyya bin Ishaq al-Makki daripada Yahya bin 'Abdullah bin Saifi daripada Abu Ma'bad daripada Ibnu 'Abbas bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengutus Mu'adh ke Yaman, lalu baginda bersabda: "Sesungguhnya engkau akan mendatangi suatu kaum ahli kitab, maka serulah mereka kepada syahadat bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya aku adalah utusan Allah, jika mereka mematuhi engkau terhadap perkara itu, maka beritahulah mereka bahawa Allah telah mewajibkan ke atas mereka lima waktu solat dalam setiap hari dan malam, jika mereka mematuhi engkau terhadap perkara itu, maka beritahulah mereka bahawa Allah telah mewajibkan ke atas mereka sedekah pada harta mereka yang diambil daripada orang-orang kaya mereka dan dikembalikan kepada orang-orang fakir mereka, jika mereka mematuhi engkau terhadap perkara itu, maka jauhilah harta-harta pilihan mereka dan takutlah akan doa orang yang teraniaya kerana sesungguhnya tidak ada hijab antara doa itu dengan Allah.""