12 Jun 2026

Sunan Abu Daud No: 1840

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عُبَيْدٍ حَدَّثَنَا ابْنُ ثَوْرٍ عَنْ مَعْمَرٍ أَخْبَرَنَا ابْنُ طَاوُسٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ مَا رَأَيْتُ شَيْئًا أَشْبَهَ بِاللَّمَمِ مِمَّا قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظَّهُ مِنْ الزِّنَا أَدْرَكَ ذَلِكَ لَا مَحَالَةَ فَزِنَا الْعَيْنَيْنِ النَّظَرُ وَزِنَا اللِّسَانِ الْمَنْطِقُ وَالنَّفْسُ تَمَنَّى وَتَشْتَهِي وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ وَيُكَذِّبُهُ حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَعِيلَ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ عَنْ سُهَيْلِ بْنِ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لِكُلِّ ابْنِ آدَمَ حَظُّهُ مِنْ الزِّنَا بِهَذِهِ الْقِصَّةِ قَالَ وَالْيَدَانِ تَزْنِيَانِ فَزِنَاهُمَا الْبَطْشُ وَالرِّجْلَانِ تَزْنِيَانِ فَزِنَاهُمَا الْمَشْيُ وَالْفَمُ يَزْنِي فَزِنَاهُ الْقُبَلُ حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ عَنْ ابْنِ عَجْلَانَ عَنْ الْقَعْقَاعِ بْنِ حَكِيمٍ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِهَذِهِ الْقِصَّةِ قَالَ وَالْأُذُنُ زِنَاهَا الِاسْتِمَاعُ

"Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin 'Ubaid, telah menceritakan kepada kami Ibnu Thaur daripada Ma'mar, telah mengkhabarkan kepada kami Ibnu Tawus daripada bapanya daripada Ibnu 'Abbas, katanya: Aku tidak melihat sesuatu yang lebih menyerupai al-lamam daripada apa yang dikatakan oleh Abu Hurairah daripada Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam: Sesungguhnya Allah telah menetapkan bagi anak Adam bahagiannya daripada zina, ia pasti akan mendapatkan yang demikian, maka zina dua mata ialah pandangan, dan zina lidah ialah perkataan, dan jiwa berkeinginan dan bersyahwat, dan kemaluan membenarkan yang demikian atau mendustakannya. Telah menceritakan kepada kami Musa bin Isma'il, telah menceritakan kepada kami Hammad daripada Suhail bin Abi Salih daripada bapanya daripada Abu Hurairah bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Bagi setiap anak Adam ada bahagiannya daripada zina, dengan kisah ini, katanya: dan dua tangan berzina maka zinanya ialah memegang, dan dua kaki berzina maka zinanya ialah berjalan, dan mulut berzina maka zinanya ialah kecupan. Telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa'id, telah menceritakan kepada kami al-Laith daripada Ibnu 'Ajlan daripada al-Qa'qa' bin Hakim daripada Abi Salih daripada Abu Hurairah daripada Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam dengan kisah ini, katanya: dan telinga, zinanya ialah mendengar."

Sunan Abu Daud No: 1840

Sunan Abu Daud
Lihat Semua Bacaan