Musnad Ahmad No: 17656
"Telah menceritakan kepada kami Sufyan bin 'Uyainah, telah menceritakan kepada kami az-Zuhri daripada Muhammad bin an-Nu'man bin Basyir dan Humaid bin 'Abdur Rahman bin 'Auf, kedua-duanya mengkhabarkan kepadanya bahawa mereka mendengar an-Nu'man bin Basyir berkata: Bapaku telah menghadiahkan kepadaku seorang hamba lelaki, lalu aku datang kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam untuk menjadikan baginda saksi, maka baginda bertanya: Adakah semua anakmu telah kamu hadiahkan? Katanya: Tidak, baginda bersabda: Maka kembalikanlah dia."