Sunan an-Nasai No: 2804
"Telah mengkhabarkan kepada kami Ya'qub bin Ibrahim, katanya: telah menceritakan kepada kami Husyaim, katanya: telah mengkhabarkan kepada kami Abu Bisyr daripada Sa'id bin Jubair daripada Ibnu Abbas bahawa seorang lelaki bersama Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, lalu unta betinanya mematahkan lehernya sedangkan dia dalam keadaan berihram, maka dia meninggal dunia. Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Mandikanlah dia dengan air dan daun bidara, kafankanlah dia dengan dua helai kainnya, dan janganlah kamu menyentuhnya dengan minyak wangi, dan janganlah kamu tutup kepalanya, kerana sesungguhnya dia akan dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan bertalbiah.""