Musnad Ahmad No: 11690
"Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Sa'id, katanya: telah menceritakan kepada kami 'Azrah bin Thabit daripada Tsumamah bin 'Abdullah daripada Anas bin Malik bahawa sesungguhnya Rasulullah صلى الله عليه وسلم bernafas ketika minum di dalam bekas minumannya sebanyak tiga kali, dan adalah Anas bernafas sebanyak tiga kali."