22 Jun 2026

Sunan Abu Daud No: 1474

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ مَسْعَدَةَ حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي ذِئْبٍ عَنْ عَطَاءِ بْنِ أَبِي رَبَاحٍ عَنْ عُبَيْدِ بْنِ عُمَيْرٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ النَّاسَ فِي أَوَّلِ الْحَجِّ كَانُوا يَتَبَايَعُونَ بِمِنًى وَعَرَفَةَ وَسُوقِ ذِي الْمَجَازِ وَمَوَاسِمِ الْحَجِّ فَخَافُوا الْبَيْعَ وَهُمْ حُرُمٌ فَأَنْزَلَ اللَّهُ سُبْحَانَهُ { لَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَنْ تَبْتَغُوا فَضْلًا مِنْ رَبِّكُمْ } فِي مَوَاسِمِ الْحَجِّ قَالَ فَحَدَّثَنِي عُبَيْدُ بْنُ عُمَيْرٍ أَنَّهُ كَانَ يَقْرَؤُهَا فِي الْمُصْحَفِ حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ صَالِحٍ حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي فُدَيْكٍ أَخْبَرَنِي ابْنُ أَبِي ذِئْبٍ عَنْ عُبَيْدِ بْنِ عُمَيْرٍ قَالَ أَحْمَدُ بْنُ صَالِحٍ كَلَامًا مَعْنَاهُ أَنَّهُ مَوْلَى ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ النَّاسَ فِي أَوَّلِ مَا كَانَ الْحَجُّ كَانُوا يَبِيعُونَ فَذَكَرَ مَعْنَاهُ إِلَى قَوْلِهِ مَوَاسِمِ الْحَجِّ

"Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Basysyar, telah menceritakan kepada kami Hammad bin Mas'adah, telah menceritakan kepada kami Ibnu Abi Dhi'b daripada 'Ata' bin Abi Rabah daripada 'Ubaid bin 'Umair daripada 'Abdullah bin 'Abbas bahawa sesungguhnya manusia pada awal-awal haji dahulu mereka berjual beli di Mina, 'Arafah, pasar Dhul Majaz dan musim-musim haji, lalu mereka takut untuk berjual beli sedangkan mereka dalam keadaan ihram, maka Allah Subhanahu menurunkan ayat: "Tidak ada dosa atas kamu untuk mencari kurnia dari Tuhan kamu" iaitu pada musim-musim haji, katanya: maka telah menceritakan kepadaku 'Ubaid bin 'Umair bahawa sesungguhnya dia membacanya dalam mushaf. Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Salih, telah menceritakan kepada kami Ibnu Abi Fudaik, telah mengkhabarkan kepadaku Ibnu Abi Dhi'b daripada 'Ubaid bin 'Umair, Ahmad bin Salih berkata dalam kalam yang maknanya bahawa dia adalah hamba kepada Ibnu 'Abbas, daripada 'Abdullah bin 'Abbas bahawa sesungguhnya manusia pada awal-awal haji dahulu mereka berjual beli, lalu dia menyebut maknanya sehingga perkataannya musim-musim haji."

Sunan Abu Daud No: 1474

Sunan Abu Daud
Lihat Semua Bacaan