Sunan an-Nasai No: 5124
"Telah mengkhabarkan kepada kami Muhammad bin 'Uthman bin Abi Safwan ath-Thaqafi dari keturunan 'Uthman bin Abi al-'As, katanya: telah menceritakan kepada kami Ibrahim bin Abi al-Wazir, katanya: telah menceritakan kepada kami Nafi' bin 'Umar al-Jumahi daripada Abu Bakar bin Abi Syaikh, katanya: Aku sedang duduk bersama Salim, lalu berlalu di hadapan kami sebuah rombongan perjalanan kepunyaan Umm al-Banin yang bersama mereka ada loceng-loceng, maka Salim menceritakan kepada Nafi' daripada bapanya bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Para malaikat tidak menemani rombongan perjalanan yang bersama mereka ada giring-giring, tidakkah kamu lihat berapa banyaknya giring-giring yang bersama mereka ini?""