Sunan an-Nasai No: 4202
"Telah mengkhabarkan kepada kami Kathir bin 'Ubaid, katanya: telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Harb daripada az-Zubaidi daripada az-Zuhri, katanya: telah mengkhabarkan kepadaku Ibnu as-Sabbaq, katanya: telah mengkhabarkan kepadaku Maimunah bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berkata kepadanya, Jibril 'alaihissalam berkata: Sesungguhnya kami tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya terdapat anjing dan gambar. Maka pada hari itu Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bangun pada pagi harinya lalu memerintahkan untuk membunuh anjing-anjing, sehingga baginda memerintahkan membunuh anjing yang kecil."