07 Julai 2026

Sunan Ibnu Majah No: 4249

حَدَّثَنَا الزُّبَيْرُ بْنُ بَكَّارٍ حَدَّثَنَا أَنَسُ بْنُ عِيَاضٍ حَدَّثَنَا نَافِعُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ فَرْوَةَ بْنِ قَيْسٍ عَنْ عَطَاءِ بْنِ أَبِي رَبَاحٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ قَالَ كُنْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجَاءَهُ رَجُلٌ مِنْ الْأَنْصَارِ فَسَلَّمَ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ الْمُؤْمِنِينَ أَفْضَلُ قَالَ أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا قَالَ فَأَيُّ الْمُؤْمِنِينَ أَكْيَسُ قَالَ أَكْثَرُهُمْ لِلْمَوْتِ ذِكْرًا وَأَحْسَنُهُمْ لِمَا بَعْدَهُ اسْتِعْدَادًا أُولَئِكَ الْأَكْيَاسُ

"Telah menceritakan kepada kami az-Zubair bin Bakkar, telah menceritakan kepada kami Anas bin 'Iyadh, telah menceritakan kepada kami Nafi' bin 'Abdullah, dari Farwah bin Qais, dari 'Ata' bin Abi Rabah, dari Ibnu 'Umar bahawa dia berkata: Aku bersama Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam, lalu datang seorang lelaki dari kalangan Ansar, maka dia memberi salam kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam, kemudian dia bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah mukmin yang paling utama? Baginda menjawab: Yang paling baik akhlaknya. Dia bertanya lagi: Siapakah mukmin yang paling bijak? Baginda menjawab: Yang paling banyak mengingati kematian dan paling baik persediaannya untuk apa yang selepasnya, mereka itulah orang-orang yang bijak."

Sunan Ibnu Majah No: 4249

Sunan Ibnu Majah
Lihat Semua Bacaan