Sahih Bukhari No: 3215
"Telah menceritakan kepada kami Musa bin Ismail, katanya: telah menceritakan kepada kami Dawud bin Abi al-Furat, katanya: telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Buraidah, daripada Yahya bin Yamar, daripada Aishah رضي الله عنها isteri Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam, katanya: Aku bertanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam tentang taun, lalu Baginda memberitahuku bahawa ia adalah azab yang Allah utuskan ke atas sesiapa yang Dia kehendaki, dan bahawa Allah menjadikannya sebagai rahmat bagi orang-orang beriman; tidaklah seseorang yang ditimpa taun lalu dia tetap tinggal di negerinya dengan sabar dan mengharapkan pahala, sambil mengetahui bahawa tidak akan menimpanya melainkan apa yang Allah telah tetapkan baginya, melainkan baginya seperti pahala seorang syahid."