Sunan Abu Daud No: 4073
"Telah menceritakan kepada kami Musaddad bahawa Yazid bin Zuray' dan Yahya bin Sa'id telah menceritakan kepada mereka, kedua-duanya berkata: telah menceritakan kepada kami 'Auf, katanya: telah menceritakan kepada kami Qasamah bin Zuhair, katanya: telah menceritakan kepada kami Abu Musa al-Asy'ari, katanya: Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesungguhnya Allah menciptakan Adam daripada segenggam tanah yang diambil-Nya dari seluruh bumi, maka datanglah anak cucu Adam mengikut keadaan bumi, datang dari kalangan mereka yang merah, yang putih, yang hitam dan yang di antara itu, yang mudah, yang sukar, yang buruk dan yang baik." Ditambah dalam hadis Yahya: "dan yang di antara itu." Dan perkataan al-akhbar dalam hadis Yazid."