04 Ogos 2026

Sahih Muslim No: 892

و حَدَّثَنَاه عَوْنُ بْنُ سَلَّامٍ الْكُوفِيُّ أَخْبَرَنَا أَبُو بَكْرٍ النَّهْشَلِيُّ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ الْأَسْوَدِ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ صَلَّى بِنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَمْسًا فَقُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَزِيدَ فِي الصَّلَاةِ قَالَ وَمَا ذَاكَ قَالُوا صَلَّيْتَ خَمْسًا قَالَ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ أَذْكُرُ كَمَا تَذْكُرُونَ وَأَنْسَى كَمَا تَنْسَوْنَ ثُمَّ سَجَدَ سَجْدَتَيْ السَّهْوِ

"Telah menceritakan kepada kami 'Aun bin Sallam al-Kufi, katanya: telah mengkhabarkan kepada kami Abu Bakr an-Nahsyali daripada 'Abdurrahman bin al-Aswad daripada bapanya daripada 'Abdullah, katanya: Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah mengimamkan kami solat lima rakaat, lalu kami bertanya: Wahai Rasulullah, adakah ditambah dalam solat? Baginda bersabda: Apa maksudnya? Mereka menjawab: Engkau telah solat lima rakaat. Baginda bersabda: Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, aku mengingati sebagaimana kamu mengingati dan aku lupa sebagaimana kamu lupa. Kemudian baginda bersujud dua sujud sahwi."

Sahih Muslim No: 892 Sahih

Sahih Muslim
Lihat Semua Bacaan