Sunan an-Nasai No: 4291
"Telah mengkhabarkan kepada kami Ali bin Uthman an-Nufaili, katanya: telah menceritakan kepada kami Sa'id bin Isa, katanya: telah menceritakan kepada kami al-Mufaddal bin Fadalah, katanya: telah menceritakan kepadaku Abdullah bin Sulaiman, katanya: telah menceritakan kepadaku Nafi' daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم menyembelih unta pada hari Aidiladha di Madinah. Katanya: Dan sesungguhnya apabila baginda tidak menyembelih unta, baginda menyembelih di tempat solat."