Sunan Ibnu Majah No: 3267
"Telah menceritakan kepada kami Hisham bin 'Ammar, katanya: telah menceritakan kepada kami Abu Hafs 'Umar bin ad-Darfas, katanya: telah menceritakan kepadaku 'Abdur Rahman bin Abi Qasimah daripada Wathilah bin al-Asqa' al-Laithi, katanya: Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengambil bahagian atas roti celup (tharid), lalu baginda bersabda: "Makanlah dengan nama Allah dari sekeliling-kelilingnya dan janganlah makan dari bahagian atasnya, kerana sesungguhnya keberkatan datang kepadanya dari bahagian atasnya.""