Sahih Muslim No: 2082
"Telah menceritakan kepada kami Ibnu Numair, katanya: telah menceritakan kepada kami bapaku, katanya: telah menceritakan kepada kami Saif, katanya: aku mendengar Mujahid berkata: telah menceritakan kepadaku 'Abd ar-Rahman bin Abi Laila, katanya: telah menceritakan kepadaku Ka'b bin 'Ujrah radiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berhenti di sisinya sedangkan kepalanya berjatuhan kutu, lalu baginda bertanya: "Adakah serangga kamu menyakitimu?" Aku menjawab: "Ya." Baginda bersabda: "Maka cukurlah kepalamu." Katanya: maka mengenai diriku turunlah ayat ini: "Maka barangsiapa di antara kamu sakit atau ada gangguan di kepalanya, maka wajiblah fidiah, iaitu berpuasa atau bersedekah atau berkorban." Lalu Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda kepadaku: "Berpuasalah tiga hari atau bersedekahlah dengan satu faraq kepada enam orang miskin atau sembelihlah binatang korban yang mudah bagimu.""