Sahih Bukhari No: 2486
"Telah menceritakan kepada kami Ibrahim bin Musa, katanya: telah mengkhabarkan kepada kami Hisham, daripada Ibn Juraij, katanya: telah mengkhabarkan kepadaku 'Amru bin Dinar, daripada Muhammad bin 'Ali, daripada Jabir bin 'Abdullah رضي الله عنهم, katanya: ketika Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam wafat, datang kepada Abu Bakr harta dari pihak al-'Ala' bin al-Hadrami, lalu Abu Bakr berkata: sesiapa yang mempunyai hutang atas Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam, atau mempunyai janji daripada Baginda, maka hendaklah dia datang kepada kami; Jabir berkata: lalu aku berkata: Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam telah menjanjikan kepadaku bahawa Baginda akan memberiku begini dan begini dan begini, sambil Baginda menghamparkan kedua-dua tangan Baginda tiga kali; Jabir berkata: lalu dia menghitung di tanganku lima ratus, kemudian lima ratus, kemudian lima ratus."