Sunan Abu Daud No: 1535
"Telah menceritakan kepada kami an-Nufaili, telah menceritakan kepada kami Miskin daripada al-Auza'i daripada Yahya bin Abi Kathir daripada 'Ikrimah, katanya: aku mendengar Ibnu 'Abbas berkata: telah menceritakan kepadaku 'Umar bin al-Khattab bahawa dia mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: telah datang kepadaku malam ini seorang utusan dari sisi Tuhanku 'Azza wa Jalla, katanya: dan baginda berada di al-'Aqiq, dan dia berkata: tunaikanlah solat di lembah yang diberkati ini, dan katakanlah: umrah dalam haji. Abu Daud berkata: telah meriwayatkannya al-Walid bin Muslim dan 'Umar bin 'Abd al-Wahid dalam hadis ini daripada al-Auza'i dan (lafaznya): katakanlah umrah dalam haji. Abu Daud berkata: dan demikian juga telah meriwayatkannya 'Ali bin al-Mubarak daripada Yahya bin Abi Kathir dalam hadis ini dan dia berkata: dan katakanlah umrah dalam haji."