Sunan Ibnu Majah No: 258
"Telah menceritakan kepada kami Abu Marwan al-'Uthmani Muhammad bin 'Uthman, katanya: telah menceritakan kepada kami Ibrahim bin Sa'd, daripada az-Zuhri, daripada 'Abd ar-Rahman bin Hurmuz al-A'raj bahawa dia mendengar Abu Hurairah berkata: "Demi Allah, sekiranya bukan kerana dua ayat dalam Kitab Allah Ta'ala, nescaya aku tidak akan menceritakan sesuatu pun daripadanya, iaitu daripada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam selama-lamanya, sekiranya bukan kerana firman Allah: 'Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah diturunkan oleh Allah daripada al-Kitab' hingga akhir dua ayat itu.""