Sahih Bukhari No: 5362
"Telah menceritakan kepada kami Isma'il bin 'Abdullah, katanya: telah menceritakan kepadaku Malik, daripada Ishaq bin 'Abdullah bin Abi Talhah, daripada Anas bin Malik, katanya: Aku pernah berjalan bersama Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam, dan Baginda memakai burd Najrani yang tebal tepinya, lalu seorang Arab Badwi mendapatkan Baginda lalu menarik selendangnya dengan tarikan yang kuat sehingga aku melihat pada bahagian sisi bahu Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam, tepi burd itu telah meninggalkan kesan padanya kerana kuatnya tarikan itu; kemudian dia berkata: Wahai Muhammad, perintahkanlah untukku daripada harta Allah yang ada di sisimu. Maka Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam berpaling kepadanya, kemudian Baginda ketawa, kemudian Baginda memerintahkan agar diberikan kepadanya suatu pemberian."