Sahih Bukhari No: 2731
"Telah menceritakan kepadaku Abdullah bin Muhammad, katanya: telah menceritakan kepada kami Hisham, katanya: telah mengkhabarkan kepada kami Mamar, daripada az-Zuhri, daripada Abd ar-Rahman bin Kab bin Malik, daripada bapanya رضي الله عنه, bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam keluar pada hari Khamis dalam peperangan Tabuk, dan Baginda suka untuk keluar pada hari Khamis."