Sunan an-Nasai No: 3198
"Telah mengkhabarkan kepada kami Muhammad bin Basysyar, katanya: telah menceritakan kepada kami Marhum, katanya: telah menceritakan kepada kami Thabit daripada Anas bahawa seseorang wanita telah menawarkan dirinya kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam, lalu anak perempuan Anas ketawa seraya berkata: "Alangkah sedikitnya rasa malunya," maka Anas berkata: "Dia lebih baik daripadamu, dia telah menawarkan dirinya kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam.""