Sahih Bukhari No: 6835
"Telah menceritakan kepada kami Abu Ma'mar, katanya: telah menceritakan kepada kami 'Abdul Warith, katanya: telah menceritakan kepada kami Husain al-Mu'allim, katanya: telah menceritakan kepadaku 'Abdullah bin Buraidah, daripada Yahya bin Ya'mar, daripada Ibnu 'Abbas, bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam biasa berkata: Aku berlindung dengan kemuliaan-Mu, yang tiada tuhan melainkan Engkau, Yang tidak mati, sedangkan jin dan manusia mati."