Musnad Ahmad No: 19779
"Telah menceritakan kepada kami 'Affan, telah menceritakan kepada kami Hammam, telah menceritakan kepada kami Qatadah daripada Abu al-Malih daripada bapanya bahawa pada hari Hunain ada turun hujan, katanya: maka Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam memerintahkan penyerunya supaya menyeru bahawa solat hendaklah di tempat tinggal masing-masing. Telah menceritakan kepada kami 'Affan, telah menceritakan kepada kami Hammam daripada Qatadah daripada al-Hasan daripada Samurah daripada Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam seperti itu juga sama."