Sahih Bukhari No: 1829
"Telah menceritakan kepada kami Abu al-Yaman, katanya: telah mengkhabarkan kepada kami Syuaib, daripada az-Zuhri, katanya: telah menceritakan kepadaku Abu Salamah bin Abd ar-Rahman bahawa Abu Hurairah رضي الله عنه berkata: Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam melarang daripada berpuasa wisal, lalu seorang lelaki daripada kaum Muslimin berkata kepadanya: sesungguhnya engkau berpuasa wisal, wahai Rasulullah. Baginda bersabda: Siapakah antara kamu yang seperti aku? Sesungguhnya aku bermalam, Tuhanku memberi aku makan dan memberi aku minum. Maka tatkala mereka enggan berhenti daripada berpuasa wisal, baginda pun berpuasa wisal bersama mereka sehari, kemudian sehari, kemudian mereka melihat anak bulan, lalu baginda bersabda: Kalaulah ia terlewat, nescaya aku akan menambah lagi kepada kamu, sebagai suatu bentuk hukuman terhadap mereka ketika mereka enggan berhenti."