Sahih Muslim No: 4210
"Telah menceritakan kepadaku Muhammad bin Hatim, katanya: telah menceritakan kepada kami Rauh, katanya: telah menceritakan kepada kami Zakariya' bin Ishaq, katanya: telah menceritakan kepadaku Abu az-Zubair bahawa dia mendengar Jabir bin 'Abdullah berkata: Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesiapa yang melihatku dalam tidur maka sesungguhnya dia telah melihatku, kerana sesungguhnya syaitan tidak layak menyerupaiku.""