Sahih Muslim No: 3182
"Telah menceritakan kepadaku Muhammad bin Hatim, katanya: telah menceritakan kepada kami Sa'id bin Sulaiman, katanya: telah menceritakan kepada kami Husyaim, katanya: telah mengkhabarkan kepada kami Isma'il bin Salim daripada 'Alqamah bin Wa'il daripada bapanya, katanya: Telah dibawa kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam seorang lelaki yang telah membunuh seorang lelaki, lalu baginda menyerahkan wali si maqtul untuk mengqisasnya, maka dia membawanya pergi dan di lehernya ada tali kulit yang diseret, tatkala dia berpaling pergi, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Pembunuh dan yang dibunuh berada di dalam neraka," maka seorang lelaki mendatangi lelaki itu dan memberitahunya sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam, lalu dia melepaskannya. Isma'il bin Salim berkata: Maka aku menyebut perkara itu kepada Habib bin Abi Thabit, lalu dia berkata: telah menceritakan kepadaku Ibnu Asywa' bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam sesungguhnya hanya meminta kepadanya supaya memaafkannya, tetapi dia enggan."