Sahih Bukhari No: 4000
"Telah menceritakan kepadaku Hibban, katanya: telah mengkhabarkan kepada kami Abdullah, daripada Zakariyya bin Ishaq, daripada Yahya bin Abdullah bin Saifi, daripada Abu Mabad maula Ibn Abbas, daripada Ibn Abbas رضي الله عنهما, katanya: Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda kepada Muaz bin Jabal ketika Baginda mengutusnya ke Yaman: Sesungguhnya engkau akan mendatangi suatu kaum daripada Ahli Kitab; maka apabila engkau datang kepada mereka, serulah mereka supaya bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu Rasulullah. Jika mereka taat kepadamu dalam hal itu, maka khabarkanlah kepada mereka bahawa Allah telah mewajibkan ke atas mereka lima solat pada setiap siang dan malam. Jika mereka taat kepadamu dalam hal itu, maka khabarkanlah kepada mereka bahawa Allah telah mewajibkan ke atas mereka sedekah yang diambil daripada orang-orang kaya mereka lalu dikembalikan kepada orang-orang fakir mereka. Jika mereka taat kepadamu dalam hal itu, maka jauhilah harta-harta mereka yang paling baik, dan takutlah akan doa orang yang dizalimi, kerana sesungguhnya tiada antara dia dengan Allah sebarang hijab. Abu Abdullah berkata: Tawwaat, taat, dan ataat ialah bahasa; (juga) titu, tutu, dan atatu."