01 Mac 2026

Sahur Waktu Mustajab Berdoa

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الْآخِرُ يَقُولُ مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ

"Daripada Abu Hurairah RA, Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Allah Tabaraka wa Ta'ala turun ke langit dunia pada setiap akhir sepertiga malam lalu berfirman, "Siapa sahaja yang berdoa kepada-Ku, maka Aku akan memperkenankan untuknya. Sesiapa sahaja yang meminta kepada-Ku, Aku akan memberi kepadanya. Sesiapa sahaja yang memohon ampun kepada-Ku, Aku akan mengampunkannya." (HR Bukhari No: 1094) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih"

HR Bukhari No: 1094 Sahih

Pengajaran
1
Makna Turunnya Allah

Syeikh Mustafa al-Bugha berkata: Allah turun ke langit dunia bermaksud turunnya ketetapan Allah, Rahmat-Nya, Kelembutan-Nya dan Pengampunan-Nya.

2
Waktu Istimewa Ahli Ibadah

Sepertiga akhir malam adalah waktu istimewa untuk ahli ibadah (sekitar jam 3 pagi hingga sebelum subuh). Suasana tenang dan jauh dari kelalaian, serta lebih dekat kepada keikhlasan.

3
Waktu Mustajab Doa

Menurut al-Qurtubi, waktu akhir sepertiga malam (waktu sahur) merupakan waktu mustajab doa (doa diperkenan).

4
Waktu Keampunan
وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُون

Waktu akhir sepertiga malam (waktu sahur) waktu Allah mengampunkan dosa kepada yang memohon keampunan. "Ketika waktu sahur (akhir-akhir malam), mereka berdoa memohon keampunan" (Surah Az Zariyat ayat: 18)

Surah Az Zariyat: 18
5
Ketekunan Menghidupkan Malam

Menghidupkan malam dengan doa dan ibadah, terutama pada sepertiga malam terakhir, memerlukan ketekunan dan kesungguhan. Ia adalah ujian kesabaran dan keikhlasan seorang hamba dalam beribadah kepada Allah. Walaupun waktu ini sangat berharga, hanya mereka yang tekun dan ikhlas yang akan mendapatkan manfaatnya. Rugilah mereka yang bangun di penghujung malam hanya untuk makan sahur atau ke bilik air semata-mata. Rebutlah peluang waktu istimewa sepertiga malam terakhir dengan solat sunat seperti tahajud dan berdoa memohon Rahmat serta keampunan daripada dosa.


Shahih Bukhari Dar Ibn Kathir Surah Az Zariyat
Lihat Semua Bacaan