Sunan an-Nasai No: 4221
"Telah mengkhabarkan kepadaku Ibrahim bin al-Hasan al-Miqsami, katanya: telah menceritakan kepada kami Hajjaj bin Muhammad daripada Hammad bin Salamah daripada Abu az-Zubair daripada Jabir bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam melarang daripada harga kucing dan anjing kecuali anjing buruan. Abu 'Abdur Rahman berkata: dan hadis Hajjaj daripada Hammad bin Salamah ini tidaklah sahih."