Sahih Muslim No: 4653
"Telah menceritakan kepada kami Ibnu Abi 'Umar, telah menceritakan kepada kami Sufyan, daripada Muslim bin Abi Maryam, daripada Abu Salih, dia mendengar Abu Hurairah radhiallahu 'anhu yang merafa'kannya sekali, katanya: "Amalan-amalan dipersembahkan pada setiap hari Khamis dan Isnin, lalu Allah 'azza wa jalla mengampuni pada hari itu bagi setiap orang yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu pun, kecuali seseorang yang ada permusuhan antara dia dengan saudaranya, maka dikatakan: 'Tangguhkan kedua-dua orang ini sehingga mereka berdamai, tangguhkan kedua-dua orang ini sehingga mereka berdamai.'""