Sunan ad-Darimi No: 2598
"Telah mengkhabarkan kepada kami Nu‘aim bin Hammad, daripada ‘Abd al-‘Aziz bin Muhammad, daripada al-‘Ala’, daripada bapanya, daripada Abu Hurairah, daripada Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam, bahawa telah dikatakan kepada Baginda: Apakah ghibah itu? Baginda bersabda: Engkau menyebut saudaramu dengan sesuatu yang dia benci. Dikatakan: Bagaimana jika pada saudaraku itu memang ada apa yang aku katakan? Baginda bersabda: Jika memang ada padanya, maka sesungguhnya engkau telah mengghibahkannya; dan jika tidak ada padanya, maka sesungguhnya engkau telah memfitnahnya."