Sunan an-Nasai No: 735
"Telah mengkhabarkan kepada kami Qutaibah daripada Malik bin Anas daripada Abdullah bin Dinar daripada Ibnu Umar, katanya: Adalah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam mengerjakan solat di atas kenderaannya ketika dalam perjalanan ke mana sahaja ia menghadap. Malik berkata: Abdullah bin Dinar berkata: Dan adalah Ibnu Umar melakukan yang demikian."