Jami' at-Tirmidzi No: 605
"Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Mani‘, katanya: telah menceritakan kepada kami Rauh bin ‘Ubadah, katanya: telah menceritakan kepada kami Zakariya bin Ishaq, katanya: telah menceritakan kepadaku ‘Amru bin Dinar, daripada ‘Ikrimah, daripada Ibn ‘Abbas, bahawa seorang lelaki berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia, maka adakah bermanfaat baginya jika aku bersedekah bagi pihaknya?” Baginda bersabda: “Ya.” Lelaki itu berkata: “Sesungguhnya aku mempunyai sebuah makhraf, maka aku jadikan engkau sebagai saksi bahawa sesungguhnya aku telah bersedekah dengannya bagi pihak ibuku.” Abu ‘Isa berkata: “Hadis ini hasan, dan demikianlah pendapat ahli ilmu; mereka berkata: tidak ada sesuatu yang sampai kepada si mati melainkan sedekah dan doa. Dan sebahagian mereka telah meriwayatkan hadis ini daripada ‘Amru bin Dinar, daripada ‘Ikrimah, daripada Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam secara mursal.” Katanya lagi: “Dan makna katanya: ‘Sesungguhnya aku mempunyai sebuah makhraf’ ialah sebuah kebun.”"