Muwatta' Malik No: 434
"Telah menceritakan kepadaku Yahya daripada Malik daripada ‘Abd ar-Rahman bin ‘Abdullah bin Abi Sa‘sa‘ah daripada bapanya daripada Abu Sa‘id al-Khudri bahawa sesungguhnya dia mendengar seorang lelaki membaca Qul Huwa Allahu Ahad, dia mengulang-ulangnya; maka apabila masuk waktu pagi, dia pergi kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam lalu dia menyebutkan hal itu kepada Baginda, dan seolah-olah lelaki itu menganggapnya sedikit; maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Demi Tuhan yang jiwaku berada di tangan-Nya, sesungguhnya ia menyamai sepertiga al-Quran.””"