Sunan Abu Daud No: 1557
"Telah menceritakan kepada kami Musa bin Ismail, telah menceritakan kepada kami Hammad daripada Ayyub daripada Nafi' daripada Ibnu Umar bahawa dia mengalami kesejukan lalu berkata: "Lemparkanlah ke atasku sehelai kain wahai Nafi'," maka aku melemparkanlah ke atasnya burnus, lalu dia berkata: "Engkau lemparkkan ke atasku pakaian ini sedangkan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam telah melarang orang yang berihram memakainya.""