Sunan Ibnu Majah No: 2015
"Telah menceritakan kepada kami Bisyr bin Hilal as-Sawwaf, telah menceritakan kepada kami Ja'far bin Sulaiman ad-Duba'i daripada Yazid ar-Risyk daripada Mutarrif bin 'Abdullah bin asy-Syikhkhir bahawa 'Imran bin al-Husayn ditanya tentang seorang lelaki yang menceraikan isterinya kemudian berkumpul kembali dengannya sedangkan dia tidak mempersaksikan perceraiannya dan tidak juga rujuknya, maka 'Imran berkata: "Engkau telah menceraikan dengan tidak mengikut sunnah dan engkau rujuk dengan tidak mengikut sunnah, hendaklah engkau persaksikan perceraiannya dan rujuknya.""