Sunan Abu Daud No: 4555
"Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abi Syaibah, katanya: telah menceritakan kepada kami 'Abdur Rahim bin Sulaiman daripada Zakariya daripada asy-Sya'bi daripada Abu Salamah bahawa 'Aisyah رضي الله عنها telah menceritakan kepadanya bahawa Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda kepadanya: sesungguhnya Jibril menyampaikan salam kepadamu, lalu 'Aisyah menjawab: wa'alaihis salam warahmatullah."