Sunan an-Nasai No: 2565
أَخْبَرَنَا عَمْرُو بْنُ عَلِيٍّ قَالَ حَدَّثَنَا يَحْيَى قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ قَالَ حَدَّثَنَا الْحَكَمُ عَنْ ابْنِ أَبِي رَافِعٍ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَعْمَلَ رَجُلًا مِنْ بَنِي مَخْزُومٍ عَلَى الصَّدَقَةِ فَأَرَادَ أَبُو رَافِعٍ أَنْ يَتْبَعَهُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ الصَّدَقَةَ لَا تَحِلُّ لَنَا وَإِنَّ مَوْلَى الْقَوْمِ مِنْهُمْ
Telah mengkhabarkan kepada kami 'Amru bin 'Ali, katanya: telah menceritakan kepada kami Yahya, katanya: telah menceritakan kepada kami Shu'bah, katanya: telah menceritakan kepada kami al-Hakam daripada Ibnu Abi Rafi' daripada bapanya, bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melantik seorang lelaki dari Bani Makhzum untuk menguruskan sedekah, lalu Abu Rafi' ingin mengikutinya, maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya sedekah tidak halal bagi kami, dan sesungguhnya hamba sahaya kaum itu adalah daripada mereka.